I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, November 25, 2010

Penyuluh tanpa Cahaya...


Pada satu malam yang indah, Abu Qalabah sedang berjalan di sebelah kubur. Beliau berasa amat kepenatan. Dari itu beliau tidur ti sebelah salah sebuah kubur di tanah perkuburan itu. Pada malam itu beliau bermimpi. Bermimpi semua penghuni kubur itu bangkit dan membawa peyuluh. Kesemua penyuluh mereka bercahaya, namun, terdapat seorang yang penyuluh nya tidak bercahaya.

Abu Qalabah mendekati lelaki itu dan bertanya mengapa. Lelaki itu menjawab. Aku seorang saudagar yang kaya raya dan memiliki ramai anak. Semasa hidupku, aku tidak pernah memikirkan akan pendidikan anak-anak aku. Penyuluh mereka bercahaya kerana mereka memiliki waris yang senantiasa mendoakan mereka, tetapi waris aku hanya tahu menghabiskan harta aku dengan berfoya-foya.

Pada keesokan harinya, Abu Qalabah pergi berjumpa dengan anak-anak saudagar itu tadi. Beliau menceritakan mimpi yang telah beliau alami. Kesemua anak-anak saudagar itu menyesali atas apa yang mereka lakukan. Mulai dari saat itu, mereka pulang ke rumah dan sentiasa mendoakan ayahanda mereka.

Pada malam itu, Abu Qalabah didatangkan dengan mimpi yang sama tetapi ada satu perbezaan yang nyata. Penyuluh saudagar itu telah bercahaya malah lebih terang daripada yang lain. Saudagar itu berterima kasih kepada Abu Qalabah.

Pada keesokan harinya Abu Qalabah menceritakan mimpi yang beliau alami kepada anak-anak saudagar itu. Mereka berasa gembira dalam penyesalan. Mereka berjanji akan sentiasa mendoakan ayahanda mereka kerana mereka tidak mahu ayahanda mereka kegelapan di alam barzakh.

{psst} doa waris simati amat penting bagi meneranginya di alam barzakh.

No comments:

Post a Comment